2

Janie | 56 tahun | Eksekutif  
Keguguran rambut semasa menopaus
 
¡°Tiada keguguran rambut selepas 3 minggu!¡±
¡° Saya kerap pergi berenang dan saya juga mengikut suami saya memancing di laut. Saya langsung tidak memberi perhatian pada penjagaan rambut, kulit kepala atau mengikuti rawatan. Menopaus dan tekanan kerja menjejaskan lagi masalah saya dan menjadikan keguguran rambut saya semakin serius. Tidak lama kemudian, tompok botak yang besar dapat dilihat dengan jelas pada kepala. Rupa saya kelihatan lesu akibat keguguran rambut. Selain itu, suami saya juga bergurau bahawa dia tidak inginkan seorang rahib Buddha sebagai isteri! Selepas mengikuti rawatan rambut selama 3 minggu di Yun Nam, keguguran rambut saya berhenti sama sekali. ¡±
 

Pakar Pemuliharaan Rambut £º
¡° Keguguran rambut Janie diakibatkan oleh gangguan hormon semasa menopaus, tidur yang tidak mencukupi pada tempoh yang panjang serta tekanan mental. Kulit kepala yang berminyak Janie menyebabkan liang roma tersumbat dan ini membantutkan pertumbuhan rambut. Rambut asyik gugur dan tidak tumbuh. Oleh itu, masalah botaknya menjadi semakin serius. Dia mencuci rambutnya dengan kerap kerana dia seorang yang aktif dalam kegiatan luar. Walau bagaimanapun, tindakannya merangsang kulit kepala dan seterusnya meningkatkan penghasilan sebum. Pewarnaan dan pengerintingan rambut yang kerap juga memburukkan lagi masalah keguguran rambutnya. Mula-mula, saya membersihkan liang romanya yang tersumbat dan menyeimbangkan kadar pH kulit kepalanya. Kemudian, saya mengurut kulit kepalanya untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. ¡±
 
|
|
Copyright ® 2007 Yun Nam Hair Care Pte Ltd.All Rights Reserved.