| |
¡°Saya tidak takut keguguran rambut ¡° Beberapa bulan yang lalu, saya sibuk dan tertekan. Ini membawa kepada keguguran rambut saya. Saya bekerja pada waktu siang dan memberi kelas tuisyen pada waktu malam. Selain itu, waktu makan yang tidak tetap dan tidur yang tidak mencukupi menjadikan keguguran rambut saya lebih teruk. Semasa saya melihat cermin, saya dapati rambut saya telah beruban. Semasa mandi, saya nampak lebih banyak rambut di atas lantai. Rakan sekerja juga perasan bahawa rambut saya semakin nipis. Oleh itu, saya terpaksa memberi perhatian pada masalah ini. Nasib baik, rawatan profesional Yun Nam membantu menumbuhkan rambut baru pada bahagian-bahagian yang sedang botak. Saya sungguh gembira. Keyakinan diri kembali dan saya kelihatan muda serta bertenaga! ¡± |
|
 |
Pakar Pemuliharaan Rambut £º
¡° Tekanan kerja, ketegangan mental dan kekurangan tidur menyebabkan peredaran darah yang lemah pada kulit kepala Rachelle. Sebum yang lebih dihasilkan dan ini menyebabkan keguguran rambut. Sebelum mengikuti rawatan, kulit kepalanya amat berminyak dan liang romanya tersumbat dengan serius. Folikel yang sihat mempunyai 3 hingga 4 helai rambut tetapi dia hanya mempunyai 1 hingga 2 helai sahaja. Sesetengah folikel pula tidak berambut. Mula-mula, kami membersihkan kulit kepala Rachelle untuk mengawal keguguran rambutnya. Selepas itu, kami melembapkan akar rambut untuk membekalkan nutrien kepada folikel dan merangsang pertumbuhan rambut. Selepas 5 hingga 6 rawatan, kulit kepala Rachelle menjadi sihat semula. Pengimbasan rambut selepas setiap sesi menunjukkan rambut baru sudah tumbuh. Masalah keguguran rambutnya telah bertambah baik. ¡±
|
|