Jadi, apakah sebenarnya masalah keguguran rambut
ini yang begitu menggerunkan?
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keguguran rambut berbentuk bertompok-tompok. Menurut pakar, lelaki yang tidak tahan dengan tekanan akan mengalami ketidakseimbangan hormon dan gangguan metabolisme. Sering kali, masalah ini juga disebabkan oleh pengabaian penjagaan rambut.
Selain itu, seseorang yang kehilangan orang yang disayangi atau mengalami gangguan emosi, seseorang dengan cara hidup yang amat sibuk atau telah berpindah ke persekitaran baru dan sukar menyesuaikan diri, perasaan tertekan, khuatir serta bimbang sepanjang masa juga akan menyebabkan keguguran rambut yang banyak.
Jika dibandingkan dengan masalah keguguran rambut yang lain, kebanyakan orang mendapati masalah rambut ini jauh lebih teruk. Ini kerana orang yang mengalami masalah ini akan mendapati kepalanya berambut dalam bentuk bertompok-tompok kecil sahaja. Begitu juga dengan bahagian tanpa rambut. Ini memang teruk dan boleh berlaku pada lelaki, wanita, orang muda serta orang tua.
Masalah ini memang sukar untuk dielakkan. Menurut kajian, 5% daripada penghidap keguguran rambut berbentuk bertompok-tompok yang mengabaikan masalah ini telah menyebabkan masalah keguguran rambut mereka menjadi masalah yang berkekalan.
Jika anda rasa simptom-simptom keguguran rambut berbentuk bertompok-tompok hadir pada diri anda, misalnya kehilangan rambut dalam bentuk bertompok-tompok, dapatkan bantuan pakar rambut profesional sekarang. Biar pakar-pakar menyelesaikan masalah ini dari puncanya sebelum ia menjadi teruk. Pengesanan awal dan rawatan serta-merta akan memberikan pemulihan 100%.
Ingat… dengan rawatan yang betul, keguguran rambut berbentuk bertompok-tompok boleh diatasi!
|