|
Apabila umur anda semakin meningkat, uban merupakan perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, jika anda mula mempunyai uban semasa remaja, orang di sekitar anda mungkin akan terperanjat dan menanyakan soalan-soalan seperti “Adakah anda sihat?” atau “Anda nampak lebih tua sejak kebelakangan ini, apakah masalah anda?”
Uban memang petanda yang kurang sihat. Kadang-kadang anda memang tidak dapat menahan daripada mencabutnya. Masalahnya, uban tidak akan berhenti tumbuh walau betapa kerap anda mencabutnya. Ini hanya menjadikan keadaan lebih teruk!
Menurut kajian, 1 dalam 5 orang lelaki dan wanita akan mula mengalami uban pramatang sebaik sahaja mereka mencapai umur 25 tahun. Apabila mereka mencapai umur 40an dan 50an, uban akan bertambah sebanyak kira-kira 30%.
Punca
-
Proses Penuaan Semula Jadi:
Pada dasarnya, setiap helai rambut dibahagikan kepada batang rambut (bahagian yang terdedah pada permukaan kulit kepala) dan folikel (yang tersembunyi di bawah kulit kepala). Biasanya, jumlah Melanin yang dihasilkan menentukan kepadatan warna rambut kita.
Pada keseluruhannya, kebanyakan orang Asia pada zaman kanak-kanak dan zaman remaja boleh menghasilkan jumlah Melanin yang banyak. Apabila umur semakin meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan Melanin mula menurun dan lama-kelamaan berkurangan sehingga Melanin pada batang rambut dan folikel hilang. Akhirnya, kepala akan penuh dengan uban.
-
Beruban Secara Tiba-Tiba:
Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghadapi trauma. Uban akan mula wujud pada bahagian dahi dan bahagian berhampiran dengan pelipis.
-
Kekurangan Nutrien Penting
Ini boleh berlaku walaupun anda masih muda. Jumlah uban mungkin tidak banyak tetapi pada masa anda menjumpai uban-uban itu, kadar pertumbuhannya mungkin sudah sangat banyak.
Proses rambut hitam menjadi uban akan dipercepatkan lagi oleh kepincangan tugas sel, kedefisienan tubuh, keturunan atau gangguan genetik dan faktor-faktor luaran lain seperti pembedahan, kejutan emosi atau kemalangan yang mudah menjejaskan sistem biologi kita.
Uban pasti menjadikan rupa fizikal anda lebih tua. Wajah muda anda seolah-olah hilang dalam masa beberapa bulan sahaja tidak kira anda mengalami uban pramatang ataupun ia merupakan sebahagian daripada proses penuaan! Sebaik sahaja anda mendapati rambut anda semakin kehilangan warna, dapatkan bantuan profesional untuk menyelesaikan masalah itu daripada puncanya secepat mungkin.
Uban memang boleh dirawati! Adakah anda fikir rambut anda tidak akan tumbuh semula kerana uban? Jangan takut! Hal itu hanya akan berlaku jika penjagaan anda tidak betul. Rawatan awal merupakan satu-satunya cara untuk menghalang uban pramatang.
Jika anda mendapatkan bantuan pakar rambut profesional sebaik sahaja masalah rambut timbul, anda berpeluang mendapat kembali rambut dengan warna asal dan berkilat. Hidup anda juga akan berubah ke arah yang lebih menarik!
|
|