
Yun Nam Hair Care ialah satu-satunya pakar pemuliharaan rambut yang profesional dalam industri yang menggunakan herba-herba Cina elok yang 100% asli dalam formula pemuliharaan rambut mereka yang unik. Dengan Yun Nam , anda boleh:
- Mengembalikan keyakinan anda
- Mengubah rupa anda
- Menampilkan daya tarikan yang hadir pada diri anda

|
Keberkesanan
|
Rawatan herba disapu secara langsung pada kulit kepala untuk merangsang saraf yang bersambung dengan akar batang rambut supaya pertumbuhan rambut baru dapat ditingkatkan. Pada masa yang sama, tindakan ini akan membekalkan kulit kepala dengan nutrien penting untuk membantunya memasuki semula fasa pertumbuhan. Apabila rambut "tidur" atau "mati" memasuki fasa pertumbuhan dalam kitar rambut, sel-sel rambut ini boleh menumbuhkan semula rambut baru.
 |
Ketahanan
|
Rawatan yang terdiri daripada herba-herba semula jadi adalah sangat berkesan dan bermanfaat dalam merawat, memperbaiki dan menangani masalah keguguran rambut. Faedah rawatan herba 100% ialah menjadikan rambut berkilat, menghalang keguguran rambut, uban dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
 |
Keaslian
|
Ramuan dalam rawatan-rawatan ini terdiri daripada herba-herba Cina yang terbaik dan asli. Herba-herba bernilai ini tidak merengsakan, tidak mendatangkan kesan sampingan, tidak mengandungi bahan kimia atau pengawet dan tidak akan membahayakan kulit kepala pada masa yang akan datang. Rawatan herba dapat meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut sihat, mengembalikan kilat rambut, merangsang, mencergaskan serta menggalakkan penghasilan Melanin pada sel rambut yang lemah.
 |
Keprofesionalan
|
Pakar yang profesional kami pernah mengikuti latihan selama beberapa tahun sebelum menceburi dan menyumbangkan pengetahuan mereka dalam bidang ini. Berbekalkan kecekapan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi terkini serta keprihatinan tentang perkara baru dalam bidang ini, mereka memang layak untuk menjalankan analisis rambut, mempreskripsikan serta mengesyorkan penyelesaian khas untuk segala jenis masalah rambut. Mereka masih akan pergi mengikuti latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran perkhidmatan pelanggan mereka. Mereka yang memenuhi standard yang tinggi dalam memberikan rawatan dan melayani pelanggan juga dikatakan sebagai faktor kejayaan Yun Nam Hair Care.
 |
Yun Nam Hair Care dengan sepenuhnya percaya bahawa selagi mereka dapat mencari punca setiap masalah rambut, mereka akan dapat memberikan hasil yang berkesan kepada pelanggan dalam masa yang tersingkat. Malah penyelesaian yang diberikan itu merupakan penyelesaian yang terbaik untuk setiap pelanggan yang bermasalah rambut. Yun Nam Hair Care akan terus mengatasi masalah rambut pelanggan kerana usaha mereka memang dihargai. Pengembalian rambut sihat dan keyakinan pelanggan memang merupakan kejayaan pemimpin ini dalam industri penjagaan rambut.
|