Imbasan Rambut Kulit Kepala Pramasa
 


Keguguran Rambut Pramasa
Keguguran rambut pramasa merujuk kepada keguguran rambut yang banyak pada orang yang berumur antara 18 tahun hingga 25 tahun. Sesiapa pun boleh mengalami keguguran rambut pramasa. Ini bermakna keguguran ini tidak mengira jantina (nisbah yang dijangka untuk lelaki ialah 70% dan wanita 30%). Simptom-simptom keguguran rambut pramasa boleh termasuk keturunan, kekurangan nutrisi dan penyakit kronik.

Bentuk keguguran pada lelaki dan perempuan sangat berbeza. Keguguran pada lelaki dapat dilihat dengan jelas pada bahagian ubun-ubun dan bahagian tepi kepala. Rambut gugur dengan kadar yang mantap dan yang lain kelihatan semakin kusam. Keguguran rambut pada wanita pula lebih sekata, iaitu pada semua bahagian kepala tetapi lama-kelamaan juga semakin jarang.

Kira-kira 80% daripada orang mengalami masalah ini sejak zaman remaja lagi. Apabila mencapai umur kira-kira 30 tahun, keguguran mereka adalah kira-kira 35% daripada jumlah rambut. Inilah masa yang sesuai untuk menjaga rambut anda dan jika tidak dipedulikan, masalah ini boleh menjadi masalah keguguran rambut yang berkekalan. Jika tindakan tidak diambil, keguguran boleh menjangkau 50% daripada jumlah rambut apabila anda mencapai umur 40 hingga 50 tahun. Walau bagaimanapun, peluang mendapat kembali rambut yang lebat dan sihat adalah sebanyak 20-30%. Apabila umur semakin lanjut, jumlah keguguran juga semakin banyak dan boleh mencapai tahap 70-80% (dalam kes yang lebih serius).

Oleh itu, tindakan serta-merta perlu diambil jika anda mendapati anda mengalami masalah keguguran rambut. Jika anda mengetahui masalah rambut anda dengan awal, anda boleh mendapatkan rawatan dan berpeluang pulih dengan cepat. Pastikan anda mendapatkan bantuan profesional sebaik sahaja anda mendapati rambut anda gugur lebih banyak daripada biasa. 

Bantuan profesional yang serta-merta akan dapat mengembalikan rambut anda yang sihat. Pada masa yang singkat sahaja, orang ramai pasti iri hati terhadap anda!

 


|
|
Copyright ® 2007 Yun Nam Hair Care Pte Ltd.All Rights Reserved.