Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!
Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?
Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut.
Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin.
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin
- Keguguran rambut 3-5 bulan selepas bersalin
- Keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
- Dalam kes yang lebih serius, rambut gugur sercara bertompok-tompok.
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin
-
Kulit kepala berminyak atau gatal
Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan merembeskan banyak minyak sehingga menjadikan rambut berminyak. Apabila ini berlaku, anda tidak akan dapat membersihkan kotoran-kotoran itu dengan syampu biasa.
-
Keguguran “Rambut Bayi”
Rambut jenis ini akan mula gugur jika terdapat masalah pada folikel rambut.
Umumnya, rambut yang gugur akan tumbuh semula selepas kira-kira 5 bulan. Walau bagaimanapun, jika rambut anda terus gugur selepas tempoh 5 bulan dan kulit kepala semakin jelas kelihatan, anda tidak patut mengabaikannya! Ini akan menjadikan anda tua dan lesu, langsung tidak seperti ibu baru. Selain itu, masalah keguguran rambut anda juga akan menjadi masalah kekal. Apabila nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun tidak ada gunanya!
Itulah sebabnya anda perlu mendapatkan konsultasi profesional jika anda mula keguguran rambut 3 bulan selepas bersalin. Anda akan dapat menyelesaikan masalah rambut anda dan mendapat kembali rambut yang lebat dalam masa yang tersingkat.
Yun Nam Hair Care terkenal dengan penyelidikannya yang terperinci dan pengaplikasiannya pada program pemuliharaan rambut khas yang memenuhi keperluan pelanggan. Kadar kejayaannya memang tinggi dan hasil jelas dapat dilihat pada wanita yang mengalami keguguran rambut selepas bersalin. Yun Nam dapat membantu mereka mengembalikan rambut yang lebat dalam masa yang tersingkat.
|