Imbasan Rambut Kulit Kepala Berminyak
 



Keguguran Kerana Kulit Kepala Berminyak
Rambut anda telah dibasuh semalam dan hari ini, anda mendapati rambut anda sangat berminyak dan kepala anda pula sangat gatal. Anda juga mendapati rambut anda berkelemumur dan mula gugur. Bangun! Anda menghadapi masalah kulit kepala berminyak dan masalah ini perlu diberi perhatian kerana ini merupakan petanda kepada keguguran rambut!

Menurut laporan terperinci, pengambilan terlalu banyak makanan goreng, panas dan berminyak boleh menjejaskan peredaran darah dan kadar perembesan minyak yang tetap. Selain itu, jarang mencuci rambut boleh menyebabkan peluh dan kotoran berkumpul pada folikel rambut. Kelembapan, tekanan harian dan memakai topi pula boleh membantutkan peredaran darah dan akhirnya menjejaskan perembesan minyak yang normal. Jika kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan mula menghasilkan terlalu banyak minyak, liang roma akan tersumbat. Dalam kes yang serius, seseorang boleh menjadi botak.

Jumlah feromon yang banyak biasanya menyebabkan sindrom kulit kepala berminyak dan keadaan ini biasanya berlaku pada lelaki dan wanita pada jumlah yang kurang. Orang yang mengalami masalah kulit kepala berminyak biasanya menghadapi keguguran rambut sebanyak kira-kira 20% pada umur sekitar 30 tahun. Jika tidak dipedulikan, jumlah keguguran boleh meningkat ke 30% apabila mereka mencapai umur 40 tahun.

Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius, jangan memburukkan lagi keadaan dengan menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai untuk anda. Ini hanya menyebabkan rambut anda gugur dengan lebih banyak dalam masa yang singkat. Kulit kepala dapat dilihat dengan jelas dan rupa pula kelihatan lebih tua. Ini juga mungkin membawa kepada keguguran rambut Mediterranean.

Jika rambut anda sangat berminyak, pastikan anda membasuhnya setiap hari supaya rambut anda bersih. Selain itu, elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak dan goreng. Pengambilan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan perembesan minyak yang banyak.

Jika anda mengalami masalah ini, jangan teragak-agak untuk mendapatkan rawatan yang sesuai daripada pakar rambut yang profesional. Biar mereka mencari punca masalah dan menyelesaikan masalah rambut itu sebelum ia menjadi lebih teruk. Lebih awal anda mendapatkan rawatan, lebih cepat anda dapat mengatasi masalah ini. Tidak lama lagi, anda akan mendapat kembali rambut yang lebat! Sindrom kulit kepala berminyak memang perlu diberi perhatian. Jika anda mengabaikannya, keadaan boleh menjadi sangat teruk.

Yun Nam Hair Care sangat berpengalaman dalam mengkaji punca sebenar keguguran rambut. Sekarang, mereka berjaya mematenkan formula pemuliharaan rambut yang unggul yang diperbuat daripada ekstrak herba dan ramuan asli yang lain serta teknologi Barat. Ini berjaya membantu mereka yang mengalami sindrom kulit kepala berminyak dan menyelesaikan masalah mereka.

 

 

|
|
Copyright ® 2007 Yun Nam Hair Care Pte Ltd.All Rights Reserved.