Apakah yang menyebabkan lelaki mengalami masalah rambut seperti keguguran rambut Mediterranean?
Apabila umur lelaki semakin lanjut, fungsi badan juga mula menjadi lemah, sel pada bahagian rambut juga mula kendur. Folikel rambut mula menyusut dan diikuti dengan saluran rambut menjadi lebih ringan, lemah dan nipis. Pada masa yang sama, rambut pada bahagian ubun-ubun juga mula gugur akibat pendedahan yang banyak pada cahaya matahari. Ini menghasilkan bentuk bulatan yang besar pada bahagian tengah kepala seperti bentuk lautan Mediterranean.
Keadaan rambut ini berpunca daripada cara hidup yang kurang sihat, iaitu minum arak dan merokok dengan banyaknya serta pemakanan yang tidak seimbang. Ini menghalang nutrien yang mencukupi dibekalkan pada rambut dan kulit kepala. Kekurangan nutrien penting juga menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan tidak dapat menahan bahaya alam semula jadi. Walau bagaimanapun, faktor keturunan juga boleh menyebabkan keadaan rambut ini.
Adakah masalah rambut ini boleh diatasi?
Jawapannya ya tetapi jika anda ingin menyelesaikan masalah ini dengan pengetahuan anda yang kurang, anda hanya akan menjadikan bulatan Mediterranean lebih luas! Kekurangan pengetahuan boleh menjadikan keadaan lebih teruk! Dapatkan konsultasi profesional untuk mengatasi masalah ini.
Yang penting, sebaik sahaja anda mendapati anda berada pada tahap awal keadaan ini, dapatkan bantuan profesional dengan serta-merta. Kenapa tangguhkan masalah ini sehingga ia menjadi masalah jangka panjang sedangkan ia boleh diatasi?
Jadi lelaki sekalian, inginkah anda menyelesaikan masalah Mediterranean dan memulihkan keyakinan anda? Bertindaklah sekarang. Kembalikan sinaran dan kesihatan rambut anda. Dapatkan bantuan profesional sekarang!