Masalah keguguran kerana penyakit boleh didefinisikan sebagai simptom keguguran rambut yang berlaku semasa atau pada peringkat permulaan penyakit kronik. Keadaan rambut ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:

  1. Keguguran semasa mendapatkan rawatan perubatan
    Orang yang mengikuti radioterapi, suntikan yang kerap atau mengambil antibiotik, analeptik dan ubat yang menghalang sistem imun badan daripada berfungsi seperti biasa dalam jangka masa yang panjang berisiko mempunyai akar rambut yang terjejas, mengalami penipisan rambut dan akhirnya keguguran rambut. Penyakit kronik yang berpanjangan juga boleh menghalang saluran rambut daripada berfungsi secara normal.

    Terdapat ramai wanita yang mengalami keguguran rambut akibat penyakit kronik. Hal ini kerana sebahagian besar daripada mereka menghidap penyakit kronik yang berkaitan dengan ovari. Ketakteraturan kelenjar endokrin juga menyebabkan wanita-wanita ini mula mengalami masalah rambut seperti kelemumur, sindrom kulit kepala berminyak dan jangkitan pada kulit kepala. 

    Kekurangan nutrien yang mengalir dalam saluran darah dan keadaan yang belum pulih sepenuhnya pada wanita yang telah bersalin boleh menyebabkan mereka gugur lebih daripada 200 helai rambut sehari dan lama-kelamaan kehilangan 50% daripada jumlah rambut. Ini akan menjadikan rupa wanita itu letih lesu dan tua.

  2. Keguguran yang disebabkan oleh ketidakstabilan emosi
    Sesetengah orang berpendapat bahawa keguguran ini hanya berlaku pada orang yang menghidap penyakit kronik. Sebenarnya pendapat ini silap kerana kita menghadapi tekanan kerja dan tekanan psikologi lain setiap hari.  Tekanan boleh menyebabkan seseorang mengalami keguguran rambut.

    Ketidakstabilan emosi boleh memberikan kesan yang buruk pada rambut dalam jangka masa yang panjang. Ketidakstabilan emosi termasuk keletihan jangka panjang, perasaan panik yang kerap, kegelisahan dan perasaan yang berubah-ubah. Kesemua simptom ini boleh menjejaskan peredaran darah yang biasa dan pada masa yang sama juga menjejaskan kadar metabolisme dan meningkatkan peredaran kelenjar minyak pada kadar yang tinggi. Akhirnya keguguran rambut berlaku.



  3. Penyalahgunaan atau penggunaan produk rambut
    yang banyak

    Terlalu mementingkan kecantikan diri boleh membawa padah! Mengerintingkan rambut, mewarnakan rambut, teknik rebonding dan lain-lain rawatan yang menggunakan produk yang mengandungi banyak bahan kimia boleh menjejaskan rambut dan kulit kepala secara beransur-ansur. Banyak rambut akan menjadi lemah dan gugur.  

    Jika anda berasa rambut anda gugur kerana “sebab” ini, jangan merawatnya dengan cara sendiri. Kekurangan pengetahuan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga sukar dirawat nanti. Dapatkan bantuan konsultan rambut profesional dan anda boleh pulih. Anda akan diberikan analisis terperinci dan program yang sesuai akan disyorkan untuk merawat masalah rambut anda.

    Jadi bertindaklah sekarang! Berikan peluang kepada diri anda untuk mendapat kembali rambut yang lebat dan berkilat. Anda boleh kelihatan muda semula!

 


|
|
Copyright ® 2007 Yun Nam Hair Care Pte Ltd.All Rights Reserved.